Saturday, January 22, 2011

kuih koci

  Salam.ptg td ak n akak try wat kuih koci..nie firts tume kitong try wat..x tau lh jd ke x..hhuhuhu..ak nie bknye pndi dlm bab memasak nie...p akak ak nie ye2 je nk..ak pn on je lh joint sklali wat...apalagi kitrg pn search lh kt internet resipi kuih nie...

   B4 2 ak nk share gn korng apa itu kuh koci. Kuih koci merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Di Malaysia ia popular terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih koci merupakan sejenis kuih bertepung dan mempunyai inti kelapa manis bercampur nisan. Ia kemudiannya disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dihidangkan.
Kuih koci ini agak lembut dan dibuat nyanyian "Ada sejenis kuih tiga segi.... Di luar tepung di dalamnya inti... Makanan orang tiada bergigi..."


Resipi kuih koci

Bahan2 untuk doh:-
  • 250 g tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam
  • 1 1/2 cawan air
 Bahan2 untuk inti
  • 1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
  • 1 ketul gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 cawan air 
 Bahan2 lain
  • Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
  • Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
  • 1 cawan pati santan + secubit garam

    Cara-cara

  1. UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.


 2. UNTUK DOH:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.



 3. UNTUK MEMBUAT KUIH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.



 4. Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.


 5. Kemudian lipat seperti biasa.Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. setelah siap masak, kuih sedia dimakan..selamat mencuba..



No comments:

Post a Comment

kisah azura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...